Monday 2 July 2012

tidak mahu / tidak mampu/ x layak

Bismillahhirrahma nirrahim...

alhamdulillah ana dpt gak nk mencuba menulis lagi....

ana tergerak untuk terus menulis selepas ana habis menonton satu cerita yang menarik dari japan...

1 litre of tear..
later on ana try kongsi pengajaran yang kita sebagai umat islam boleh ambil dari cerita tu.. :)

ok balik kepada tajuk post ana ni... tidak mahu /xmampu/ tak layak...

kalau kita lihat... ketiga-tiga frasa ni menggambarkan kata penegah.... tidak/tak


ana tergerak untuk menulis post ni sebab ana sering terfikir... kita ni manusia...ye btol..

tp kenapa hati kita sering kali apabila diajak untuk berbuat kebaikan.. kita dengan lincahnya akan mengatakan perkataan tidak... contoh :

ahmad: eh abu.. aku tgk kaw ni asik duduk maen game jee.. why not kita sama2 bace al-quran nak?

abu: ah.. aku ni kotor.. hati aku gelap.. mane layak nak bace quran tuh semua...  malu laa aku... aku rase aku x layak laa nak buat mende2 baik ni...  baik aku teruskan dengan hidup aku ni... yang penting aku x kacau hidop orang lain sudah... aku dengan hidup aku.. kaw dengan hidop kaw.. kubur masing2..  sudah..end of story..

ahmad : hmm....



ana tertarik dengan diolog kat atas.. maybe ramai antara kita sering terdengar  dialog2 spt diatas kan.. hmm...

tapi kalau kita lihat kembali... apa yang menyebabkan kita sukar untuk melakukan sesuatu pada jalan Allah..

1)apabila diajak menunaikan solat, kita lalai.
2) apabila diajak membaca al-Quran, kita lebih rela main video game.
3) apabila diajak qiamullail, kita lebih sanggup menonton perlawanan bola sepak

jika kita fikir sejenak.. adakah kegagalan kita untuk melakukan sesuatu pada jalan Allah adalah disebabkan kita tidak kuat?

 padahal secara logiknya seorang pemuda mampu berhabis masa berjam-jam di gimnasium, tp apabila diajak untuk menunaikan solat sunat tahajjud pada malam hari, dia gagal..

puncanya hanyalah satu....


hati. 


"Ketahuilah, sesungguhnya di dalam tubuh manusia ada segumpal daging, apabila daging itu baik maka baiklah tubuh manusia itu, akan tetapi bila daging itu rosak maka rosak pula tubuh manusia. Ketahuilah bahwa sesungguhnya segumpal daging itu adalah hati."
 (HR. Bukhari-Muslim)


insyaALLAH sama-samalah kita berusaha untuk membersihkan hati kita ini...

bintik2 yang hitam pada hati kita sama-samalah kita sirnakan ia..
dan kembali sinarkan ia dengan cahaya...


-sekiranya kita mencari cahaya, kegelapan akan hilang,
dan sekiranya kita mencari kegelapan, cahaya akan hilang-

Walllahualam.






Friday 1 June 2012

permulaan

 بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ

Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihi...

selawat dan salam keatas junjungan besar , Nabi Muhammad S.A.W

Syukur Alhamdulillah Ana diberikan kekuatan untuk menulis , memberi pandangan serta insyaALLAH  bersama-sama berkongsi idea-idea dengan tujuan tidak lain tidak bukan , Kerana ALLAH Taala :)

..dan orang-orang mukmin dan beramal soleh serta beriman kepada apa yang diturunkan kepada Muhammad dan itulah yang haq(benar) dari Tuhan mereka, Allah menghapuskan kesalahan-kesalahan mereka dan memperbaiki keadaan mereka.. 
(Muhammad 47 :2)


Ana baru nak mula try bidang penulisan blog.. mungkin ni yang pertama kali... jadi ana mohon tunjuk ajar... :)